Resepi & Petua
PETUA : Bersihkan Kotoran Pada Papan Pemotong
Tuesday, February 7, 2012 @ 8:26 PM | 0 Comment [s]


Assalamualaikum . Papan Pemotong sememangnya sukar dibersihkan , terutamanya jika digunakan untuk menghiris kunyit , ikan dan sebagainya . Tak perlu risau , masih ada petua yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini . Apa yang anda perlukan hanyalah tiga bahan sahaja iaitu :

1. Kulit limau nipis
2. Air
3. Span atau perut sabut kelapa

Cara membersihkannya , mula-mula basuhkan papan pemotong sekali lalu .Kemudian gosokkan kulit limau nipis ke papan pemotong tersebut rata-rata terutamanya bahagian yang kotorannya sukar dihilangkan . Dan gosokkan pula papan itu dengan span/sabut . cuci dengan air biasa dan keringkan . Elakkan dari menjemurkan di tempat panas supaya ia tidak mudah retak dan merekah .

Labels:



TerimaKasih kerana membaca entry ini :)


Older Post | Newer Post

Assalamualaikum. Thanks coming into my blog. Leave your footstep at my tagboard. Blog ini masih didalam pengubahsuaian :)



DiaryCreditResepi MasakanPetua