Resepi & Petua
MASAKAN : Cucur Udang Dan Sosnya
Friday, November 23, 2012 @ 1:18 PM | 0 Comment [s]

 
 
Assalamualaikum.
 
  •  Bahan cucur :
 
1. 1 kg tepung gandum
 
2. 1/2 kg udang
 
3. 1 ikat daun bawang (Dihiris)
 
4. 1 sudu kecil serbuk penaik
 
5. Sedikit tauge
 
6. Sedikit garam
 
7. Air
 
  •  Bahan sos :
 
1. 1 biji bawang besar
 
2. 8 tangkai cili kering (Dikisar)
 
3. 2 sudu besar sos tomato
 
4. 2 sudu besar sos cili
 
5. Sedikit garam
 
6. Sedikit gula
 
7. Air
 
  •  Cara memasak :
 
1. Campurkan tepung, udang, daun bawang, tauge, serbuk penaik, garam dan air. Gaul sebati. Perap selama satu jam.
 
2. Gunakan senduk dan cedok adunan dan goreng dalam minyak penuh sehingga kekuning-kuningan.
 
3. Untuk sos, tumis bawang sehingga naik bau.
 
4. Masukkan cili dan biarkan sehingga cili masak.
 
5. Kemudian, masukkan sos cili dan sos tomato diikuti dengan garam, gula dan sedikit air. Biarkan masak.
 
6. Hidang bersama potongan kecil cucur udang.
 

Labels:



TerimaKasih kerana membaca entry ini :)


Older Post | Newer Post

Assalamualaikum. Thanks coming into my blog. Leave your footstep at my tagboard. Blog ini masih didalam pengubahsuaian :)



DiaryCreditResepi MasakanPetua