Resepi & Petua
MASAKAN : Daging Salai Cili Api
Wednesday, December 19, 2012 @ 1:08 PM | 0 Comment [s]

 
 
 
Assalamualaikum.
 
  •  Bahan-bahan
 
1. 1/2 kg daging *dipotong dan disalai*
 
2. 1 mangkuk rebung *dihiris nipis*
 
3. 15 tangkai cili api
 
4. 1/2 inci kunyit
 
5. 2 biji bawang merah
 
6. 1/2 inci halia
 
7. 1 batang serai *diketuk terlebih dahulu*
 
8. Santan daripada sebiji kelapa
 
9. Garam secukup rasa
 
  •  Cara penyediaan
 
1. Kisar kunyit, halia, bawang merah dan cili api terlebih dahulu.
 
2. Masukkan bahan yang telah dikisar kedalam periuk.
 
3. Masukkan pula rebung, daging salai dan santan.
 
4. Masak ramuan ini dengan menggunakan api sederhana. Kacau perlahan-perlahan agar santan tidak naik minyak.
 
5. Apabila mendidih masukkan pula serai.
 
6. Tambah garam secukup rasa. Kacau seketika dan biarkan ia mendidih dan masak.
 
 

Labels:



TerimaKasih kerana membaca entry ini :)


Older Post | Newer Post

Assalamualaikum. Thanks coming into my blog. Leave your footstep at my tagboard. Blog ini masih didalam pengubahsuaian :)



DiaryCreditResepi MasakanPetua