Resepi & Petua
MASAKAN : Masak Lemak Kerang Dengan Daun Kaduk
Saturday, December 8, 2012 @ 8:52 AM | 0 Comment [s]

 
 
Assalamualaikum.
 
  •  Bahan-bahan untuk memasak
1. Satu cekak daun kaduk

2. 1 kg kerang *dibersihkan dan dipanaskan dalam kuali tanpa air*

3. 50 gm cili api

4. 5 cm kunyit hidup

5. Satu batang serai dititik

6. 250 gm santan pekat

7. Satu cawan air

8. 2 keping asam keping

9. Garam dan perasa secukupnya

  •  Cara menyediakan
1. Cili api dan kunyit hidup ditumbuk halus.

2. Masukkan santan kedalam periuk dan bubuh sekali bahan yang ditumbuk halus tadi.

3. Masak hingga menggelegak dan santan masak.

4. Selepas itu masukkan kerang, daun kaduk, serai, asam keping, garam dan secukup rasa. Kacau gulai dan biarkan ia sebati.

Labels:



TerimaKasih kerana membaca entry ini :)


Older Post | Newer Post

Assalamualaikum. Thanks coming into my blog. Leave your footstep at my tagboard. Blog ini masih didalam pengubahsuaian :)



DiaryCreditResepi MasakanPetua